16 December 2010

The Boy After SPM


Teringat zaman sekolah.. bebas dan takde tanggungawab. terbang.. hilang.. dan tenggelam. seronok sekali!.
Lepas habis sekolah, semuanya berubah. Kita mula cari kerja, cari kehidupan…. masing-masing dengan hal masing-masing. ada yang kerja ada yang continue study.
Time study Poli (Sijil Elektrik Elektronik) lagi gila jadinya.. sama je macam sekolah. bebas dan terus bebas..
Bila dah habis study, mula la cari kerja. Maka bermula la satu era komitmen serta tanggungjawab. Hidup setiap hari sentiasa berulang, berulang dan terus berulang sungguh membosankan!! cuti pun kejap je. Tak lama, tak macam cuti sekolah.
Tapi ntah macam mane dunia aku tiba2 berubah. Aku berhenti kerja dan sambung study untuk Intergrasi Diploma Kej.Elektronik. Aku agak gile ketika membuat keputusan itu. tersangat gila.. terpaksa buat part time untuk tanggung beban kewangan. Walau mampu bertahan tapi  langit tak selalu nya cerah.
dan sekarang semakin tak siuman.. rasa macam dah takde tanggungjawab da pulak. hadoiiii.. belajar pun da malas!
Sama ada aku berjaya atau tak habiskan Dip,  itu bukan persoalan dalam hidup aku. Sebab aku pecaya akan tiba masanya di mana suatu impian akan jadi kenyataan!
Hidup ini banyak betul pengalaman dia. Setiap orang ada langkah masing-masing.. Hari yang berlalu akan terus kekal sebagai memori. Dengan memori ini, kita akan belajar menghargai apa yang telah kita miliki untuk kita terus dewasa… Kita warnai langit dengan tangan kita sendiri.
Selagi JANTUNG ini terus berdegup!, mimpi… persahabatan… keberanian.. segala-galanya!
akan terus diabadikan dalam jiwa ini….Selamanya..
………………………………………………………………………………………….................................
P/s: UNDER 18 merupakan komik feveret aku zaman sekolah dulu! ianya bnyk  mempengaruhi hidup aku! hahahaaa memang best layan komik ni.
Komik under 18, gempakstarz

03 October 2010

Dilema Dan Conteng Blog



Agak lama sudah aku tidak menconteng dibelog ini (INFOZi.Com). kesibukan yang  teramat menggangu hidup ku seketika ini. ye teramat sibuk dan langsung tiada idea untuk menulis. apa yang sibuk ntah.. mungkin alasan malas lebih sesuai. ye betul aku sangat malas untuk seketika itu dan ini. terlalu banyak yang sedang aku fikirkan.. Project VB, Project electronic, assignment yang merepek, serta math.. mathematic? get lost.. dan paling serabut adalah  ‘the future’… wahhh sangat dasat apabila aku memikirkan soal itu.
for this time adalah sangat merumitkan.. aku diawangan dan terumbang ambing. Masih belum ada arah. Persoalan atau alasan. Aku tak tahu..
Yang aku tau tiap bulan bayar hutang dan pergi kelas kalau rajin. Keputusan berhenti kerja dan continue study adalah sangat menyeronokkan. Tapi sangat membebankan. Kadang2 rasa cam ter rindu je keje aku di putrajaya dulu. celaka apa. but someday we must go for the next step dan masing-masing ada langkah masing-masing.
maybe i have a decision after this semester..
jeng..jeng..jeng..

28 August 2010

Berbuka Puasa Di PICC Putrajaya


on 28 august 2010, me with my frenz exspecially kawan2 aku di putrajaya going to berbuka puasa together. ianya lebih kurang cam reunion la ni, sebab da lame kan tak jumpa.. dulu keje sama2 sekarang da bertukar2 keje da bawak haluan masing2. so bukan senang nak jumpa selalu macam ni.
so kitorang berbuka puasa di PICC. dimana tempat kitorang semua berkerja dulu. (sekarang semua tak keje situ da). perancangan cuma berbuka puasa je.. tapi lepak punye lepak terus melarat sampai ke Genting Highland. hahadoi..
~so perjalanan bermula dengan berbuka together di PICC,Putrajaya dan mendaki genting dikala malam dan berakhir dengan sahur di McD.
and this is the little picture i would like to share:
Berbuka Puasa di PICC
                     
——————————————————————————————————————————————
****

Mendaki Genting dikala malam
        
 
——————————————————————————————————————————————
****
and the last point… sahur di mcD
   

04 August 2010

Aku Di Putrajaya


Ada apa dengan Putrajaya? ada banyak bagunan kerajaan, masjid cantik, Cruise Tasik Putrajaya, Jambatan, hotel, Alamanda Shoping Centre, ada pusat konvensyen, upss.. pusat konvensyen??
bila aku pergi or lalu kat putrajaya.. mesti bangunan tu yang aku pandang dulu. Bagunan apakah itu?
Kenapa?
sebab tempat ni la bnyak kesan  tapak kaki tangan aku yang tertinggal dan yang paling meninggalkan kesan adalah kenangan memori aku kat dalam bangunan ni.
haha.. tersenyum bila ingatkan balik memori ni.. aku bermula kerja kat sini pada May2008 dan resign pada June 2010. Kerja aku sebagai tehnician Av (Audio Visual).
kerja-kerja merangkumi:
  • Audio and Video System
  • Broadcasting System
  • MATV System
  • Public Address (PA) System
  • Sound Reinforcement System
  • Stage Lighting System
  • Production Intercom System
  • Graphic User Interface System
  • Video Conference System
  • Simultaneous Interpretation System
  • Billboard Messaging System
  • Master Time Centre System
Kerja memang best.. biasanya kerja aku jaga ‘CCU’(camera control unit) tak pun jaga ‘Audio Mixer’ (SoundMan) lagi best time event yang happening dan ada artis..hehe. Dan kerja paling bosan ialah jaga event meeting.. perghh.. ngantok giler.. kalau stanby je ok la. tapi kalau meeting tu nak pakai Camera.. memang pedih la mata menahan.
  
selain tu, aku kene setup ‘Stage Lighting’.. ini antara kerja yang agak letih berbanding yang lain2. sebab kene panjat2 nak setting lampu tu bagi fokus. ada skali tu sampai tertido aku kat atas ‘trussbar’ tu. haha.. sampai masuk meeting plak tu! sengal tol..

Kat atas ni la aku tertido.. haha
semua makhluk kat  bawah ni dah berhenti jugak.. hahaha.. jgn tanya kenapa
kerja da best tapi kenapa berhenti pulak? (persoalan yang biasa aku terima)
aku taknak jawab kat sini… :p
jom layan vidoe ni!