04 November 2012

Lonely Vacation in Koh Samui, Thailand











Terasa seperti ingin pergi bercuti dan merehatkan diri. Walaupun ketika ini level aku dan si pengangur tidak jauh bezanya. Kedengaran agak ganjil bila pengangur mahu bercuti, bukankah kau xde kerja dan sememangnya ‘bercuti’. lagi mahu bercuti kah?
Istilah ‘bercuti’ tidak sama dengan ‘pergi bercuti’. Kerana pergi bercuti bermakna melepaskan kesemakan kepala hotak. Me’release’ kan tension serta gundah gulana. Tidak bekerja melebihi 4 minggu adalah salah satu kesemakan hotak yang menyeronokkan. Seronok disini bermaksud boleh jadi bangang jika berlarutan.
Ok mari kita booking flight ke Koh Samui di Thailand. khabarnya pulau itu cantik. Ajak lah kawan-kawan join sekali. Mesti best gile!
Kawan-kawan busy. semua kerja. Di antara semua kawan-kawan kau, mungkin kau sorang je yang takde kerja. umur dah tua pun masih mengangur. tak malu.
Celaka apa, aku tak kerja pun ada duit la taik. (itulah yang membezakan diriku dengan pengangur tegar.)
Sejak kejatuhan kes penganguran yang pertama dulu aku sudah mampu mengawal aliran kewangan supaya tidak terlalu boros bagai syaiton. Jadi untuk kes penganguran kali ke dua ini. Daripada duit habis begitu saja lebih baik kasi habis pergi holiday. Boleh jadi ini mungkin alasan bangang yang lebih gembira didengar.
ok fine. korang taknak pergi sudah! aku pergi bercuti sorang2.
Sebenarnya memang dah lama teringin nak pergi bercuti kat pulau sorang-sorang. Nampak tak betapa ‘forever alone’ nya hidup kau?
Oh so sweet la…
Melihat kapel mapel itu bercintan cintun terasa nak sepak je pale hotak diorang sampai teburai. toleh kiri, toleh kanan. semuanya berpasangan. Si jantan gay keparat pun hidup riang ria sambil bersuap ais krim vanilla chocolate sesama mereka. Apa sudah jadi dengan mereka ni. bluerkkkk rasa nak muntah..
Tujuan datang nak merehatkan minda. Pergi bercuti sorang-sorang sebab kau takde bini. kawan2 busy. You are alone! tak ke macam cibai. Betul-betul meng ‘spoil’ kan mood percutian kau. puih… (sambil meludah kahak) lantas kau berlalu pergi mengalihkan pandangan menuju ke arah Coffee Bean yang kelihatan agak sugul kerana tak ramai yang lepak situ.
Setelah memesan air kelapa laut afrika kau mula bernostalgia. Duduk di pulau sorang-sorang. kadang terasa gak bangang. Hari sudah mulai kelam. Matahari terbenam sangat cantik. Waktu sunset camni memang sweet gila kalau ada awek duduk kat sebelah kau. Jadi korang mesti dapat rasakan betapa feelingnya melayan perasaan blues ketika waktu senja ini. Ianya membuatkan diri kau betul2 lonely gile babis nak mampos. serius tak tipu.

Wajah-wajah kekasih lama atau sesiapa yang paling kau suka dan sayang sudah mula menusuk masuk kedalam ingatan. Terasa sangat tersentuh dengan kerinduan dan kemesraan. Wadafak ini semua. Kau datang nak bercuti nak kasi rileks pale hotak. Sekarang emosi sudah terganggu. Merana kerana rindu. kau lah orang paling sepi dalam dunia yang berada di atas pulau bercuti sorang-sorang. Oh kasihan..
Tiba-tiba pelayan datang hantar minuman yang dipesan tanpa memberi salam. Kau terkejut. Tapi tak lah terkejut sangat. Tapi terkejut la jugak, rasa macam nak melatah sambil mencarut ludah kat muka dia bila kau dikejutkan sedemikian rupa. kau tak suka bila diterkejutkan tiba-tiba macam itu. Tanjat boboi. Rasa nak marah. Tapi hasrat terkubur dan kau tak jadi marah sebab pelayan cantik dan seksi. Kau buat-buat cool dan ucap ‘terima kasih’. Ternyata sangat cool like a fool. Pelayan buat tak tahu, muka blurbangang tak paham. kau rasa nak tampar je muka dia yang comel tu. kau cakap ‘thank you’. Dia jawab ‘welcome sir’ berserta ukiran senyuman manis gile. Kau lupa yang kau sekarang di Koh Samui, Thailand. Dia tak paham kau cakap melayu.
Selurppp..  Sedapnya air kelapa laut afrika ni. Macam ubat batuk cap Kelapa Laut Afrika. Ingatan kau sudah mula bertukar indah, tidak lagi memikirkan hal-hal cinta durjana atau kisah cinta tak kesampaian itu. Semuanya lenyap tiba-tiba. Kau tersenyum sorang-sorang.Coffee Bean itu tiba-tiba ramai orang yang singgah lepak. Suasana sugul tadi semakin ceria. oh inilah kehidupan. Tidaklah seteruk yang digambarkan tadi. Kau sudah mula memikirkan sesuatu yang positif. Lantas teringat suatu quote yang mengatakan:
“Positive thinking leads to positive actions. Positive actions lead to positive results. Keep it positive & go for your dreams!”
Ketika kau berada di sebuah pulau sorang-sorang dalam keadaan lonely begini apalah yang kau mahukan?. For sure seorang gadis yang juga lonely gils babs seperti kau. hmm.. Positive actions lead a positive results! go for your dreams! kau benar2 bersemangat dan memikirkan seorang gadis akan datang kepada kau. Lantas kau menarik suatu gelombang positif yang sangat kuat.
Dan tiba-tiba.. Bagai sebuah mimpi indah. Seorang gadis yang boleh tahan cantiknya datang ke arah kau. Dia senyum dan kata “hai“.
Kau rasa macam nak mati tak percaya.
OMG cepat betul positive results ni!
Hi there.. u here alone?? .kata gadis itu.
dan kau berkata “Yeah..” :)

*****

*****

*****


Dan hati kau berkata "fukyubish, fukyu!!" 

*just my imagination.

01 November 2012

Freelance Jobless Jelmaan Kabus



Apabila kerja itu selesai atau perkhidmatan kau sudah tidak diperlukan, maka melangkah pergilah dikau membawa kepingan memori dan pengalaman untuk ke destinasi seterusnya.
Ini jalan yang aku pilih. Memang agak survivor seperti yang digambarkan. Perjalanan yang tiada jaminan untuk hari esok. Ada job ada la kerja, takde job sendiri mau hingat la kawan.
"eh bodoh la kau ni berhenti kerja kerajaan" aku masih ingat sapaan seorang sahabat lama yang dah lama tak berjumpa.
Bukan selalu jadi bodoh pun.. rileks la. Mengaku islam tapi cakap macam takde agama. Rezeki tu siapa yang bagi? Tuhan ke Government?
Jelmaan Kabus disambut semua sorak ku kagum. Sasaran agak tersasar kerana aku menjangkakan Job di TM cyberjaya 3 or 4 bulan. Tapi tak sampai 2 bulan dah kena chow. Pantas sangat buat kerja. Tidak mengapa, luangkan sedikit masa untuk berehat seketika.
Disaat ini ramai la yang akan bertanya, so apa projek lepas ni?
Jawapan: ntah.
Kerja freelance ni umpama rezeki dari langit. Sukar untuk diduga yang penting yakin untuk hidup. Adakala kita harus belajar hidup macam haiwan. Melangkah seperti seekor harimau. Harimau masuk hutan tak bawa bekal makanan. Harimau makan daging tak makan tumbuhan. Disini la kau harus belajar ilmu tawakal. Selagi tuhan mahu kau hidup takkan mungkin kau mati kelaparan.
Tapi kalau setakat hidup untuk makan baik kau tanam ubi, keledek, jagung, pisang kat belakang rumah. kannnn?
Jadi aku bukan kerja untuk cari makan semata-mata. Jangan sia-siakan Ruh yang Agung. Apa gunanya hidup kalau tidak peduli tujuan kita dihidupkan? Tuhan bagi kau akal jangan sia-siakan. Selagi kau rasa boleh 'going' jalan saja lah.
Waktu dan masa kita DISINI adalah terbatas.
So macam mana kau bayar hutang monthly? kereta,bil tepon, insurans bla2.. Nak tengok wayang, makan, minyak, tol, Nak soping paling busuk pun 1,2k kompem. Kalau takat abis 2,3 rat itu bukan shopping.
hah?? achaner tu?
diam..
Waktu begini kau harus diam dan menikmati perjalanan. Berdoa tanpa usaha adakala membuahkan hasil jika kau tahu cara 'menariknya'. Jadi teruskan mengingat Dia. Memang antara perangai aku yang paling best ialah aku tak suka cari kerja. Waktu begini aku suka bertapa dan menunggu panggilan telefon.
“ Wa man yatawwakal ‘alallaahi fahuwa hasbuhu.”