01 November 2012

Freelance Jobless Jelmaan Kabus



Apabila kerja itu selesai atau perkhidmatan kau sudah tidak diperlukan, maka melangkah pergilah dikau membawa kepingan memori dan pengalaman untuk ke destinasi seterusnya.
Ini jalan yang aku pilih. Memang agak survivor seperti yang digambarkan. Perjalanan yang tiada jaminan untuk hari esok. Ada job ada la kerja, takde job sendiri mau hingat la kawan.
"eh bodoh la kau ni berhenti kerja kerajaan" aku masih ingat sapaan seorang sahabat lama yang dah lama tak berjumpa.
Bukan selalu jadi bodoh pun.. rileks la. Mengaku islam tapi cakap macam takde agama. Rezeki tu siapa yang bagi? Tuhan ke Government?
Jelmaan Kabus disambut semua sorak ku kagum. Sasaran agak tersasar kerana aku menjangkakan Job di TM cyberjaya 3 or 4 bulan. Tapi tak sampai 2 bulan dah kena chow. Pantas sangat buat kerja. Tidak mengapa, luangkan sedikit masa untuk berehat seketika.
Disaat ini ramai la yang akan bertanya, so apa projek lepas ni?
Jawapan: ntah.
Kerja freelance ni umpama rezeki dari langit. Sukar untuk diduga yang penting yakin untuk hidup. Adakala kita harus belajar hidup macam haiwan. Melangkah seperti seekor harimau. Harimau masuk hutan tak bawa bekal makanan. Harimau makan daging tak makan tumbuhan. Disini la kau harus belajar ilmu tawakal. Selagi tuhan mahu kau hidup takkan mungkin kau mati kelaparan.
Tapi kalau setakat hidup untuk makan baik kau tanam ubi, keledek, jagung, pisang kat belakang rumah. kannnn?
Jadi aku bukan kerja untuk cari makan semata-mata. Jangan sia-siakan Ruh yang Agung. Apa gunanya hidup kalau tidak peduli tujuan kita dihidupkan? Tuhan bagi kau akal jangan sia-siakan. Selagi kau rasa boleh 'going' jalan saja lah.
Waktu dan masa kita DISINI adalah terbatas.
So macam mana kau bayar hutang monthly? kereta,bil tepon, insurans bla2.. Nak tengok wayang, makan, minyak, tol, Nak soping paling busuk pun 1,2k kompem. Kalau takat abis 2,3 rat itu bukan shopping.
hah?? achaner tu?
diam..
Waktu begini kau harus diam dan menikmati perjalanan. Berdoa tanpa usaha adakala membuahkan hasil jika kau tahu cara 'menariknya'. Jadi teruskan mengingat Dia. Memang antara perangai aku yang paling best ialah aku tak suka cari kerja. Waktu begini aku suka bertapa dan menunggu panggilan telefon.
“ Wa man yatawwakal ‘alallaahi fahuwa hasbuhu.”

No comments:

Post a Comment