
Perasaan menulis ketika ini adalah sangat 'down'. Segala hal peribadi seolah-olah ada yang menggangu. Situasi amat tidak menyenangkan untuk minggu ini. Semuanya seakan stress dengan dunia yang serba tak kena. Seoalah tidak dapat diluahkan apa yang dirasa sekadar hipokrasi senyuman yang mampu ku lemparkan.
Kehidupan yang suram untuk 'tempoh bertenang' ini aku berjaya hasilkan suatu perasaan kekalisan hati yang semakin menebal. Ini bukanlah kali pertama untuk berasa kecewa. Sekadar menzahirkan seorang insan bersendirian dan kesunyian. Adakah anda ingat bagaimana perasaan anda apabila kehilangan insan tersayang? Seolah-olah kasih sayang sudah tiada nilainya meskipun dia masih hidup dan bergembira dengan temannya yang baru.
Ketika kau 'membuang' jauh-jauh insan tersayang, dapat dirasakan seolah-olah kau sendiri telah membunuhnya. Kau sendiri dapat merasai tulang-temulangnya ditusuk pisau dan wajahnya yang meminta simpati. Manusia memang zalim. Manakala percintaan itu memang dahsyat.
Karma yang tak berkesudahan.
Adakah anda dapat merasakan suatu perasaan yang aneh?
Diluar tingkap itu adalah kehidupan yang hingar-bingar, cuaca yang baik atau buruk aku berasa selesa berada didalam rumah dan bertapa didalam bilik. Segalanya boleh diperhatikan, asalkan wujud jalur lebar aku masih mampu cari duit makan.
Diluar tingkap itu adalah kehidupan yang hingar-bingar, cuaca yang baik atau buruk aku berasa selesa berada didalam rumah dan bertapa didalam bilik. Segalanya boleh diperhatikan, asalkan wujud jalur lebar aku masih mampu cari duit makan.
Sebenarnya terlalu banyak terasa kehilangan. Nyawa hanya umpama masa yang tidak boleh diubah lagi. Percintaan, kerjaya, dan pangkat adalah impian setiap orang. Selalunya kita menggunakan pelbagai cara dan perjalanan yang panjang semata-mata untuk mencapai tahap seperti itu.
Adakah aku dapat menggapainya?
dalam kehidupan ini, apa yang telah berjaya kau sisihkan?
dalam kehidupan ini, apa yang telah berjaya kau sisihkan?
Semoga ia bermula dan berakhir dengan tenang.
No comments:
Post a Comment