Penjagungan yang semakin merisaukan. Saat kejatuhan memang menyemakkan hotak. sudah la cinta ditolak, keje plak tebarai. yang dikejar tak dapat yang dikendong sudah terlepas. Orang tamak selalu kenyang. Kau taknak tamak sekarang kau sudah rugi. Duduk terdiam. Persoalannya sampai bila mampu bertahan? kau bukan ayam mahu pergi kais cari makan senang-senang. Dunia semua mahu wang! puihh.. Setakat hidup untuk makan duduk dalam hutan pun boleh.
Last job kat Bangkok 21 Julai 2012 sampai la ni dah dekat sebulan lebih duk tanam jagung. Ada job kat Salalah Oman dah ready tinggal tunggu masa nak pergi, kau boleh tolak pulak sebab konon ada job kat Cyber bulan 9. Nak duk Malaysia senang jumpa jodoh. hampeh... Kat Cyber tu pulak ada kosong sebab ada staff nak berhenti sebab dapat offer job kat Tokyo. So kau akan take over tempat dia. Tapi sikalang itu staff visa sudah sangkut tak lepas ke Tokyo, jadi dia stay la kat Cyber tak jadi pegi Tokyo. Maksudnya kat Cyber xde kosong la kan ??
So lu apa cerita? haha!! itu Oman lu sudah tolak nama suda keluar dari senarai. so apa bikin? itu laa wa sudah bilang orang tamak selalu kenyang maa... gaji 10k pun tak nak?! tengok sikalang apa jadi. Garu kepala yang tak gatal mengenangkan mana mau korek uwang.
Credit masuk xde, Debit pulak macam air sirap yang digogok waktu kehausan dipanas terik. Memang sedap sekali. Langit berdentum air tempayan dibuang jangan. Tapi kebahagian hati harus dijaga. Jadi jangan gusar, teruskan berholiday. Nanti sudah kering baru la duduk terdiam memikirkan jalan solution.
hotak ko...
****
Setting balik kompas tengok mana arah mahu pergi. Rezeki tuhan yang bagi. Bawa saja bekal tawakal, selagi tuhan mahu kau hidup takkan mungkin mati kelaparan. Jelmaan kabus disambut, sorak semua ku kagum, Jangan rebah saat ia mundur, teruskan pelayaran mara ke depan.
Definasi ku tetap sama dengan kelajuan
Sometimes up, sometimes down. Don't fight it, just enjoy the ride.

No comments:
Post a Comment