Apabila yang dicari tak diketemu setelah ditemu tak bersambut. Manakala yang datang tak ku berkenan. Adilkah sebuah kehidupan? Adakala sungguh kejam dan sering berbalas tembakan. Rahsia alam yang sukar difaham. Jawapan terkandung yang tak terungkai. Kau mula memikirkan langkah yang seterusnya. Langkah dimana kau harus diam.
Sebuah rancangan yang menakjubkan, mungkin tiada yang sesuai untuk mengisi kehidupan. Hasil penciptaan yang Maha dasyat terkandung beribu rahsia. Adakah kau harus terus diam menunggu jawaban?
Tidak akan ada perubahan apabila diam. Manakala penantian adalah perkara yang sia-sia seiring waktu berjalan. Manusia berubah dan hati berpindah. Semakin deras masa semakin sukar kau mencari gandingan. Semakin sukarlah titik perkenalan yang harus dimulakan. Berhenti merapu dan tunggu sahaja. Kata-kata kau seolah tidak yakin dengan ‘Kitabbin Maknuun’, ‘Kitabbim Mubiin’. Segala sudah terkandung dalam Luh Mahfuz.
Baiklah..
Perkara paling menyusahkan yang perlu dihadap. Bukan mudah memulakan bicara dengan makhluk yang kau tak kenali. Adakala memerlukan masa yang agak panjang adakala satu saat mata tajam memandang mampu buat kau rebah. adakala satu senyuman sudah mampu menawan tembok kebal. Jangan mudah percaya itu semua, selagi hati tidak pernah berkata-kata usah kau cuba menaruh simpan. lupakan..
Terus diam..
Aku benar-benar mahu diam. Sampai tahap aku kan terbang. waktu itu jangan cuba memanggil setelah diusir.
Diam dan tunggu keajaiban. Perkara biasa yang sering aku lakukan. kehidupan dan kehidupan adakala membosankan bila tiada sandaran. Sekadar percaya masanya akan tiba. Dan pasti tiba sehingga aku benar-benar bersedia dan mencapai apa yang aku inginkan sebenarnya. Masa memberi aku masa menikmati perjalanan mengenal siapa ‘Aku’ dan bukan sekadar aku yang berada dihadapan biasan kaca.
kau akan tahu siapa yang ‘bergerak’ dan siapa yang ‘menggerak’.
Adakala kebosanan itu cuba memanggil dan menarik kau ke ‘bawah’ sambil tangan mencucuk ke langit. kebahagian yang sementara hanya membawa ketenangan satu malam. Bangkit disiang hari mula serabai. Kau sendiri tahu apakah puncak ketenangan hati tapi masih dunia kau cari.
Adakala kebosanan itu mampu buat kau terdiam dan mula memikirkan kenapa dan mengapa. Walhal kau bukan keseorangan. bukan tiada teman tapi hati rasa kosong. itu lah tandanya kau sedang diberikan masa untuk mengingat Dia.
Perjalanan yang sukar difaham selagi belum kenal diri mana mungkin kau mampu‘membinasakan’ diri. ilmu kuasa tinggi yang mustahil untuk manusia biasa-biasa yang hanya pandai berkata ‘sesat’.
Pencarian diri dan rusuk kiri adalah dimensi luar kawalan yang sering bergandingan dengan fungsi jantung yang berdegup kencang bila diseru. Sukar difaham namun hakikat yang ku rasakan adalah sama.
‘kenal’ dan ‘mengenal’ namun sukar untuk difaham.
Ketika itu siapa yang mengenal dan siapa pula yang dikenal?
yang mengenal itulah yang dikenal dan yang dikenal itulah yang mengenal.
yang mengenal itulah yang dikenal dan yang dikenal itulah yang mengenal.

No comments:
Post a Comment