09 September 2012

Kewujudan Jurnal Hidup

Tak tahulah apa yang sedang bermain dikepala hotak sekarang ini. Mungkin sudah kebutuhan idea untuk mencari info yang boleh dikongsi, lalu ianya telah menghasilkan coretan peribadi yang terlampau dan agak berlarutan di blog INFOzi.com. Maka saya terpaksa melakukan transformasi ke arah penulisan blog yang lebih ikhlas untuk santapan diri sendiri supaya tidak menghasilkan lambakan posting personal di blog tersebut.

Maka dengan itu wujudlah blog Jauzee.blogspot.com yang diregister melalui akaun blogger.com tanpa perlu memikirkan yuran tahunan kerana ianya percuma. Begitu juga saya tidak perlu memikirkan memori disk space yang penuh kerana ianya ditanggung sepenuhnya oleh 'Blogger', Jadi boleh la upload gambar banyak2 kat blog ni. Selagi 'Blogger' wujud selagi tulah blog ini akan abadi. Secara tak langsung ianya menjadi external kepada memori otak untuk dicoretkan kisah semasa, silam dan masa depan. Mungkin juga bakal menjadi 'kenangan' untuk korang.


Jadi tiada apa yang menarik disini, cuma sekadar coretan persepsi duniawi hidup dan mati serta sekadar luahan rasa hati perasaan dan minda dari pandangan sudut tersendiri. Semestinya saya hanya akan menulis ketika bosan dan emosi terganggu. Biasanya pada waktu itu otak berfungsi agak rajin untuk menghasilkan ayat merapu dan lebih mendalam untuk diluahkan.

Ianya tidak ubah seperti jurnal hidup yang pasti membosankan kerana 'kau' siapa? kau bukanlah 'artis' dan siapa pula yang akan peduli apa kau buat hari ini.

Dan aku juga tak peduli siapa gerangan tuan hamba yang tersesat disini. Aku tak kisah jika ini merupakan blog syok sendiri. Kerana ini sekadar ruang extra memori hasil nukilan peribadi. Yang pastinya anda merupakan manusia yang sedang mencari sesuatu atau cuba memahami diri ku.

Jadi teruskanlah membaca dengan ikhlas.



Terima Kasih.
http://Jauzee.blogspot.com

29 August 2012

ilusif perasaan



Perasaan menulis ketika ini adalah sangat 'down'. Segala hal peribadi seolah-olah ada yang menggangu. Situasi amat tidak menyenangkan untuk minggu ini. Semuanya seakan stress dengan dunia yang serba tak kena. Seoalah tidak dapat diluahkan apa yang dirasa sekadar hipokrasi senyuman yang mampu ku lemparkan.

Kehidupan yang suram untuk 'tempoh bertenang' ini aku berjaya hasilkan suatu perasaan kekalisan hati yang semakin menebal. Ini bukanlah kali pertama untuk berasa kecewa. Sekadar menzahirkan seorang insan bersendirian dan kesunyian. Adakah anda ingat bagaimana perasaan anda apabila kehilangan insan tersayang? Seolah-olah kasih sayang sudah tiada nilainya meskipun dia masih hidup dan bergembira dengan temannya yang baru.
Ketika kau 'membuang' jauh-jauh insan tersayang, dapat dirasakan seolah-olah kau sendiri telah membunuhnya. Kau sendiri dapat merasai tulang-temulangnya ditusuk pisau dan wajahnya yang meminta simpati. Manusia memang zalim. Manakala percintaan itu memang dahsyat.
Karma yang tak berkesudahan.
Adakah anda dapat merasakan suatu perasaan yang aneh?
Diluar tingkap itu adalah kehidupan yang hingar-bingar, cuaca yang baik atau buruk aku berasa selesa berada didalam rumah dan bertapa didalam bilik. Segalanya boleh diperhatikan, asalkan wujud jalur lebar aku masih mampu cari duit makan.
Sebenarnya terlalu banyak terasa kehilangan. Nyawa hanya umpama masa yang tidak boleh diubah lagi. Percintaan, kerjaya, dan pangkat adalah impian setiap orang. Selalunya kita menggunakan pelbagai cara dan perjalanan yang panjang semata-mata untuk mencapai tahap seperti itu.
Adakah aku dapat menggapainya?
dalam kehidupan ini, apa yang telah berjaya kau sisihkan?
Semoga ia bermula dan berakhir dengan tenang.

27 August 2012

Pelayaran Terkandas


Penjagungan yang semakin merisaukan. Saat kejatuhan memang menyemakkan hotak. sudah la cinta ditolak, keje plak tebarai. yang dikejar tak dapat yang dikendong sudah terlepas. Orang tamak selalu kenyang. Kau taknak tamak sekarang kau sudah rugi. Duduk terdiam. Persoalannya sampai bila mampu bertahan? kau bukan ayam mahu pergi kais cari makan senang-senang. Dunia semua mahu wang! puihh.. Setakat hidup untuk makan duduk dalam hutan pun boleh.
Last job kat Bangkok 21 Julai 2012 sampai la ni dah dekat sebulan lebih duk tanam jagung. Ada job kat Salalah Oman dah ready tinggal tunggu masa nak pergi, kau boleh tolak pulak sebab konon ada job kat Cyber bulan 9. Nak duk Malaysia senang jumpa jodoh. hampeh... Kat Cyber tu pulak ada kosong sebab ada staff nak berhenti sebab dapat offer job kat Tokyo. So kau akan take over tempat dia. Tapi sikalang itu staff visa sudah sangkut tak lepas ke Tokyo, jadi dia stay la kat Cyber tak jadi pegi Tokyo. Maksudnya kat Cyber xde kosong la kan ??
So lu apa cerita? haha!! itu Oman lu sudah tolak nama suda keluar dari senarai. so apa bikin?  itu laa wa sudah bilang orang tamak selalu kenyang maa... gaji 10k pun tak nak?! tengok sikalang apa jadi. Garu kepala yang tak gatal mengenangkan mana mau korek uwang.
Credit masuk xde, Debit pulak macam air sirap yang digogok waktu kehausan dipanas terik. Memang sedap sekali. Langit berdentum air tempayan dibuang jangan. Tapi kebahagian hati harus dijaga. Jadi jangan gusar, teruskan berholiday. Nanti sudah kering baru la duduk terdiam memikirkan jalan solution.
hotak ko...
****
Setting balik kompas tengok mana arah mahu pergi. Rezeki tuhan yang bagi. Bawa saja bekal tawakal, selagi tuhan mahu kau hidup takkan mungkin mati kelaparan. Jelmaan kabus disambut, sorak semua ku kagum, Jangan rebah saat ia mundur, teruskan pelayaran mara ke depan.
Definasi ku tetap sama dengan kelajuan
Sometimes up, sometimes down. Don't fight it, just enjoy the ride.

08 May 2012

Babak Penamat (Muscat Story)


Mendapat tawaran ke Muscat Oman
7 March 2011 - Berhenti Study

11 April 2011 - Terbang ke Muscat
12 April 2011 - Kerja bermula

01 Ogos 2011 - Berpuasa di Oman

02 Ogos 2011 - Pindah hotel lain

31 Ogos 2011 - Salam perantau

02 September 2011 - Merayap ke Dubai

05 November 2011 - After 7 month: Balik Malaysia!

16 November 2011 - Lapor diri Government
85468 3 My Life In Johor Bahru

24 Febuari 2012 - Berhenti kerja Government

04 March 2012 - Kembali ke Muscat, Oman

30 April 2012 - The end of project (perkhidmatan tamat)


03 May 2012 - Balik Malaysia flight 12pm
***
-Babak story Muscat,Oman Tammat-
*****
*04 May 2012 - off to Bangkok flight 1pm
(The life in Bangkok has started)
see u in the next episode

16 December 2010

The Boy After SPM


Teringat zaman sekolah.. bebas dan takde tanggungawab. terbang.. hilang.. dan tenggelam. seronok sekali!.
Lepas habis sekolah, semuanya berubah. Kita mula cari kerja, cari kehidupan…. masing-masing dengan hal masing-masing. ada yang kerja ada yang continue study.
Time study Poli (Sijil Elektrik Elektronik) lagi gila jadinya.. sama je macam sekolah. bebas dan terus bebas..
Bila dah habis study, mula la cari kerja. Maka bermula la satu era komitmen serta tanggungjawab. Hidup setiap hari sentiasa berulang, berulang dan terus berulang sungguh membosankan!! cuti pun kejap je. Tak lama, tak macam cuti sekolah.
Tapi ntah macam mane dunia aku tiba2 berubah. Aku berhenti kerja dan sambung study untuk Intergrasi Diploma Kej.Elektronik. Aku agak gile ketika membuat keputusan itu. tersangat gila.. terpaksa buat part time untuk tanggung beban kewangan. Walau mampu bertahan tapi  langit tak selalu nya cerah.
dan sekarang semakin tak siuman.. rasa macam dah takde tanggungjawab da pulak. hadoiiii.. belajar pun da malas!
Sama ada aku berjaya atau tak habiskan Dip,  itu bukan persoalan dalam hidup aku. Sebab aku pecaya akan tiba masanya di mana suatu impian akan jadi kenyataan!
Hidup ini banyak betul pengalaman dia. Setiap orang ada langkah masing-masing.. Hari yang berlalu akan terus kekal sebagai memori. Dengan memori ini, kita akan belajar menghargai apa yang telah kita miliki untuk kita terus dewasa… Kita warnai langit dengan tangan kita sendiri.
Selagi JANTUNG ini terus berdegup!, mimpi… persahabatan… keberanian.. segala-galanya!
akan terus diabadikan dalam jiwa ini….Selamanya..
………………………………………………………………………………………….................................
P/s: UNDER 18 merupakan komik feveret aku zaman sekolah dulu! ianya bnyk  mempengaruhi hidup aku! hahahaaa memang best layan komik ni.
Komik under 18, gempakstarz

03 October 2010

Dilema Dan Conteng Blog



Agak lama sudah aku tidak menconteng dibelog ini (INFOZi.Com). kesibukan yang  teramat menggangu hidup ku seketika ini. ye teramat sibuk dan langsung tiada idea untuk menulis. apa yang sibuk ntah.. mungkin alasan malas lebih sesuai. ye betul aku sangat malas untuk seketika itu dan ini. terlalu banyak yang sedang aku fikirkan.. Project VB, Project electronic, assignment yang merepek, serta math.. mathematic? get lost.. dan paling serabut adalah  ‘the future’… wahhh sangat dasat apabila aku memikirkan soal itu.
for this time adalah sangat merumitkan.. aku diawangan dan terumbang ambing. Masih belum ada arah. Persoalan atau alasan. Aku tak tahu..
Yang aku tau tiap bulan bayar hutang dan pergi kelas kalau rajin. Keputusan berhenti kerja dan continue study adalah sangat menyeronokkan. Tapi sangat membebankan. Kadang2 rasa cam ter rindu je keje aku di putrajaya dulu. celaka apa. but someday we must go for the next step dan masing-masing ada langkah masing-masing.
maybe i have a decision after this semester..
jeng..jeng..jeng..

28 August 2010

Berbuka Puasa Di PICC Putrajaya


on 28 august 2010, me with my frenz exspecially kawan2 aku di putrajaya going to berbuka puasa together. ianya lebih kurang cam reunion la ni, sebab da lame kan tak jumpa.. dulu keje sama2 sekarang da bertukar2 keje da bawak haluan masing2. so bukan senang nak jumpa selalu macam ni.
so kitorang berbuka puasa di PICC. dimana tempat kitorang semua berkerja dulu. (sekarang semua tak keje situ da). perancangan cuma berbuka puasa je.. tapi lepak punye lepak terus melarat sampai ke Genting Highland. hahadoi..
~so perjalanan bermula dengan berbuka together di PICC,Putrajaya dan mendaki genting dikala malam dan berakhir dengan sahur di McD.
and this is the little picture i would like to share:
Berbuka Puasa di PICC
                     
——————————————————————————————————————————————
****

Mendaki Genting dikala malam
        
 
——————————————————————————————————————————————
****
and the last point… sahur di mcD